//STYLE CODE WILL COME HERE - SEE STEP #4

Oh my God !

Posted Posted by P U R E in Comments 0 comments

Assalamualaikum sahabat-sahabat ku di luar sana :)

Setelah sekian lama menghilang (not really) akhirnya saya kembali lagi di halaman yang sangat sunyi ini. Apalah nasibnya akan terus seperti bangkai tidak bernyawa? ataukah, akan tetap menjadi satu blog yang tetap sunyi tanpa kehidupan? (bukan sama kan tu?) Alasannya adalah, kerana saya punya blog sendiri juga, yang harus di kemas kini (nada alasan!) Jika anda ingin mengetahui alamat blog saya, sila inbox hotmail saya atau tegur saya di MSN (tautah urang Brunei ani, email rah hotmail payah-payah, tapi di MSN bejurit!)

Akan tetapi...

Blog ini takkan dibiarkan berhabuk begitu sahaja. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam (ingat diri sendiri) Saya memahami keadaan sekarang, di mana masing-masing sudah sibuk dengan hal masing-masing. Semua dah ada kerja sementara, dan tidak kurang juga yang tidak bekerja (caritah keraja) Oleh kerana itu, kami yang berada nun jauh di luar negara terpaksa mencari alternatif lain untuk mengetahui hal ehwal kalian di Brunei. Bukankah kita harus bekerjasama? (eyh apa dicakapkannya ani kan? ) bekerjasama maksud saya itu dalam konteks memberitahu keadaan saudara saudari sekalian di sana. Saya jadi tertanya-tanya (selain Yamin dan Dino) kabar mereka Jeerah, Khairul, Ismah, Inarah, Khairiyyah, Bahzi, Liyana, Khadijah, Zulfadhli, Azri, Lonnie,Izza, Nisah,Elaine, Ainal, dan nama yang tidak disebutkan di sini maaflah ye. Mungkin diri ini sangat khilaf dalam berhubung dengan mereka (Emo jua eyh!!!)

Akan tetapi ( note : 2nd time akan tetapinya...utk effect yang terasa)

Saya percaya banyak hal yang sudah berlaku sekarang kan. InsyaAllah Ping dan saya akan menghabiskan A level dalam masa 2 -3 bulan? (yea! ) Bukankah ini berita yang baik? Tapi tentulah kami harus berperang, bertungkus lumus memerah tenaga dan otak untuk menghadapi peperiksaan paling akhir nanti dalam bulan Jun. Oleh kerana keputusan bulan Januari sudah keluar pada 11 Mac lepas, kami harus lagi meningkatkan usaha ke tahap maksimum! Semaksimumnya, oleh kerana itu cuti Easter kali ini, akan menjadi (Not-so-cuti) namanya. Tapi demi ilmu yang suci dan harapan negara, agama dan Bangsa (why not? - spoil much!)

Doa anda adalah sangat-sangat di perlukan di sini :)

Saya harap anda di Brunei akan tetap tabah, berusaha mencari setiap peluang, dan mendapat biasiswa bagi yang mengejar dan berkeinginan untuk belajar ke luar negeri, dan tidak kurang juga selamat maju jaya bagi yang ingin ke UBD, atau ITB, atau yang ingin melanjutkan pelajaran lagi pada tahap A level :) Mengejar ilmu biar sampai ke liang lahad, tidak ada salahnya kita gagal dan mencoba lagi (klasik berabis malay atu...)

Salam sayang, dan perjuangan ....

Norsaidi. (ops lupa ku membagitau status ku masani, nanti tah, nantikan jangan tak nantikan ! :P )